Assalamualaikum :)
Sepatutnya aku update awal. Tapi, tak sempat. Aku pn kumpul lah cerita seminggu punya ^_^
Monday
Last week aku balik Manjung. Motif asal aku balik sebab nak buat account bank Islam dgn beli no pin PTPTN.
So, hari isnin nie. Aku kenalah selesaikan urusan yang aku rancang nak buat. Aku kena pergi 2 bank untuk selesai semuanya pasal buat account and beli no pin tu.
Dah la aku janji dengan Meera nak jumpa. Lepas tu terlambat pulak. Kesian Meera kena tunggu.
*Sorry Meera*
Rasanya dalm pukul 1, camtu aku selesai urusan. Terus ke rumah Meera. Ambik Meera. First ke Maybank. Meera nak keluarkan duit. Lepas tu ke BIg Cinema yg takdelah Big sangat tu.
Ingat nk tengok la wayang. Tapi kan, tak ada pulak cerita yang sesuai.
Alih-alih, kita orang ke Pizza Hut untuk makan. Lapar....
Kita orang makan Pizza and Chicken chop dekat PIzza Hut tu.
Erm, sedap jugak lah Chicken chop dia. Even simple jer.
Aku paling suka air yang aku dengan Meera order tu. Alah, aku lupa plak nama air tu. (-_-)
Tengah kami sedap-sedap makan and sembang2. Tetiba angah plak msj. Menganggu ketenteraman.
Dia kata nak guna kereta.
Alahai dia nie. Aku baru nak keluar jalan2 dengan Meera okayy!
Kacau betul la.
Alih-alih terpaksa aku bawak Meera balik rumah aku. Sembayang kejap. Lepas tu keluar dengan angah sekali.
Mintak angah hantar aku dengan Meera ke rumah Meera.
Kami keluar guna kereta Meera plak.
Rasa bersalah sangat-sangat dengan Meera.
Dah la masa tu adik dia tengah guna kereta. (-_-)"
Lepas tu, kami ke Tesco. Takde lah buat apa sangat. AKu beli kasut jer.
After Tesco ke Econsave. Hehe.. Semuanya tempat shopping jer kami pergi. Tapi, takde lah shopping pn.
Hikhik.
Kat Econsave. Kami Minum CoolBlog. Ahhhhh, Lega tekak nie rasanya dapat minum benda yang sejuk. :D
Lepas Econsave. Kami pun balik. Sementara tunggu angah ambik. Kami sembang-sembang.
Sedih rasanya nak balik. Lambat lagi baru dapat jumpa Meera balik.
Rindu Waktu dulu-dulu. :'(
Tuesday.
Aku kena balik Unisel semula. Serius, aku tak nak balik. Aku stress duduk sini.
Haih.. Sedih T_T
Tapi, demi mencari ilmu. AKu gagahkan jugak hati aku nie.
Pukul 9 aku dah naik bas. Menuju ke KL sentral.
Sampai sana dalam pukul 2 camtu.
Aku tak pernah sampai Kl sentral. Aku takut sangat dekat sini. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa.
Nasib baik Alia, kawan aku sudi nak ambik aku dekat sini. Fuhh, Lega sanagt-sangat.
Lepas ambik aku Lia bawak aku pergi Time square. Nie kali kedua aku sampai situ.
First time dtg aku x jalan-jalan pn dekat Time Squre. Aku terus ke tempat main-main tu.
hehehe.
Jalan-jalan dekat situ. Makan dekat Wendy. Then Alia hantar aku balik sampai ke Unisel.
Thanks Lia. ^_^
Wednesday
Pagi nie, aku ada presentation. Takut sangat-sangat. Yes, aku group yang pertama.
Dan aku jugak orang pertama yang akan bercakap.
Dah lama aku x kena cakap depan orang ramai. AKu sangat-sangat takut.
Masa, Present tu. Tangan, Kaki, and bibir aku menggeletar kot.
Malunya..
Tapi, member aku cakap. Aku present okayy. Suara aku kuat. Dan aku tak membaca.
Entah mcam-manalah markah presentation aku kan?
Aku harap next time aku boleh buat elok-elok.
Dan aku jugak harap ahli group aku akan bagi kerjasama. Janganlah nak tunggu aku bagi arahan buat tu buat nie. Tapi, serius cakap aku suka sangat-sangat slide show yang Nadiah buat. Sangat kreatif ^_^ Nadia nanti jom bekerjasama lagi. Sukeeeenya :)
Aku jugak harap, kalau ada yang tak puas hati atau apa-apa janganlah mudah berkecil hati. Adatlah orang bekerjasama. Tak semuanya Indah.
Kita sekarang bukan lagi budak-budak sekolah. Kte pelajar U.
Jadi jangan kerana benda remeh temeh kte jadikan sebagai isu. Being a profesional person.
Kerja adalah kerja. Jangan libatkan perasaan. Dan ingatlah kerja kerana Allah. Insyaallah Allah akan bantu kita. :D
Thursday.
Tahu tak petang khmis nie sepatutnya aku ada slide show lagi. Kali nie pemikiran kritis. Pasal pemikiran lateral dan pemikiran vertical.
Tapi, slide show aku tak siap. Mulanya aku ingatkan sikit jer slide show kena buat. Rupanya. Banyak yang kena siapkan.
Aku betul-betul rasa tak bermaya.
Dan paling aku rasa kecewa. Bila ahli group aku langsung x hubungi aku untuk tanya macam-mana perkembangan slide show tu?
Aku langsung tak kisah buat kerja. Tapi, aku perlukan support korang. (-_-)
Aku suka group dengan korang. Tapi, aku harap sangat korang ubah attitude korang tu.
Nasib baiklah hari nie, slide show di batalkan ganti dengan Test.
Alhamdulillah Ya, Allah.
Aku bersyukur sangat-sangat pada mu.
Friday
Aku rehat-rehat..
Emm... Aku cuba siapkan pasal slide show pemikiran kritis nie.
P/s : Aku bukanlah seorang yang sempurna. Dan aku tahu, tak semua orang suka aku. Tapi, aku cuba
untuk buat orang suka aku. Sebab aku tak suka bila orang mendapat dosa dengan mengata aku
bila dieorang membenci aku. Membenci orang itu adalah mainan syaitan. Syaitan suka bila kita
membenci orang. Ingatlah, Allah S.W.T sentiasa menyayangi hambanya. Ikhlas kan hati kita
bila berkawan. Insyaallah kebenciaan itu akan hilang. ^_^