Busy (-_-)"

Lately, aku asyik busy jer. Maklumlah class dah start. Lepas tu assignments  menimbun. Kadang-kadang aku rasa pelik. Sebab aku bukanlah macam semester lepas bt short sem. Kenapa nak rushing sangat?

Lepas itu, aku sibuk uruskan pasal ptptn aku. Serius, penat sangat uruskan ptptn. Sampai aku terfikir. Kenapa susah sangat nak uruskan ptptn nie? Sebenarnya Ptptn nie nak tolong bagi kita duit ke or tak nak?

Okayy, lupakan lah pasal ptptn nie. Nie just pendapat orang yang keletihan menguruskan ptptn. Tak ada maksud tersirat or tersurat. Semester dua aku dekat sini taklah menarik semester satu. Semua orang sekeliling aku dah makin berubah. Dulu aku langsung tak kenal mereka. Perangai mereka pun aku tak tahu macam-mana. Aku menganggap mereka semua adalah insan yang baik. Naive kan aku?

Semuanya dah makin berubah. Dengki-mendengki, menghasut, mengata. Pelik la, kalau tak suka. Boleh tak diam sahaja. Dan kalau betul tak suka. Nyatakanlah depan-depan. Biar pun pahit.
Betul, semakin aku kenal mereka. Semakin aku rasa, mereka berubah. Ke aku masih di takuk yang lama? Tak ada kemajuan. *no answer*

Sudah. Entah apalah yang aku merepek nie??
Mybe penat sangat. itu yang keluar ayat merapu. Haih!

Tahu tak, makin lama aku belajar dekat sini. Makin banyak pengalaman yang aku timba di sini. Macam-macam ragam. Semuanya aku jadikan pengajaran supaya tak berulang lagi. Insyaallah.

P/s : Jiwa yang kacau :P